Salam Aidilfitri 2011

September 2, 2011

2 September 2011 @ 1030am

1. Di bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

2. Semoga perayaan tahun ini disambut dengan meriah dan penih kesederhanaan dan elakkan sebarang perbaziran.

3. Kepada rakan-rakan yang memandu jauh pulang ke kampung halaman, semoga merancang jadual perjalanan dengan betul.

4. Seperti biasa, ada juga sukarelawan Bulan Sabit Merah akan bertugas dalam standby ambulans di beberapa lokasi sempena musim perayaan ini, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

AGM Cawangan Selangor

June 12, 2011

12 June 2011 @ 10:56pm

1. Mesyuarat Agong Tahunan kali ke – 60 Bulan Sabit Merah Selangor telah berjaya dijalankan dengan lancar di Pejabat Baru Cawangan Selangor yang terletak di Jalan Selangor berhampiran Balai Polis Travers.

2.Mesyuarat telah dimulakan pada jam 11 pagi dan berakhir jam 1 tengahari dengan perbentangan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan yang telah diterima dan disokong.

Gotong Royong Cawangan

June 3, 2011

1. Sudah agak lama tiada sebarang update di blog ini, saya berterima kasih kepada pembaca setia blog ini yang sering menghantar email meminta post yang terbaru.

2. Email-email yang dihantar telah menjadi inspirasi kepada saya untuk terus bergiat aktif di dunia blog ini.

3. Untuk makluman semua sukarelawan Bulan Sabit Merah, Cawangan Selangor telah mendapat satu pejabat baru di Jalan Selangor berhampiran Balai Polis Travers.

4. Sehubungan dengan itu, satu gotong-royong akan diadakan. Butir-butirnya adalah seperti berikut :-

Tarikh : 4 June 2011 (Sabtu)
Masa : 9pagi hingga 6 petang.

5. Di harap sukarelawan yang mempunyai kelapangan dapat menghulurkan bantuan.

Sambutan Hari Palang Merah Cawangan

May 2, 2011

Sempena sambutan Hari Pengasas 2011

Bulan Sabit Merah Cawangan Selangor dengan sukacitanya mengundang semua sukarelawan Ke Program Menanam Pokok Bakau 2011

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Cawangan Selangor akan mengadakan Program Menanam Pokok Bakau 2011 pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 8 Mei 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Telok Gong, Pelabuhan Klang
Perasmian : Yang Berbahagia Tuan Masahiko Horie
(Duta Besar Jepun ke Malaysia)

3. Oleh yang demikian, tuan/puan dijemput untuk menghadiri dan bersama-sama menjayakan program tersebut.

4. Dimohon kerjasama tuan/puan supaya mengesahkan kehadiran tuan/puan ke program tersebut sebelum 3 Mei 2011.

ATURCARA

7.00 pagi : Bertolak ke Telok Gong, Pelabuhan Klang
8.00 pagi : Sarapan pagi
8.30 pagi : Ketibaan VIP & VVIP
8.35 pagi : Ucapan Aluan-aluan
Yang Berusaha Puan Fatimah Sulaiman, KMN
Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor
: Ucapan Perasmian
Yang Berbahagia Tuan Masahiko Horie
(Duta Besar Jepun ke Malaysia)

9.00 pagi : Penanaman Simbolik
9.05 pagi : Program Menanam Pokok Bakau 2011
11.00 pagi : Aktiviti Rakan Alam Sekitar @ Nature Games
1.00 petang : Pembersihan Diri / Makan Tengahari / Solat Zohor
2.30 petang : Upacara Penyampaian sijil & cenderamata
3.30 petang : Berkemas
4.00 petang : Bersurai

Pemotongan Kek Hari Palang Merah & Bulan Sabit Merah Sedunia
akan ditentukan kemudian.

Newsletter Bahagian Bencana Alam

April 3, 2011

3 April 2011.

1. Saya berpendapat antara faktor ramai yang tidak hadir kehadapan untuk membantu Bulan Sabit Merah bukan kerana kita kekurangan Sukarelawan tetapi sukarelawan tidak diberi peluang.

2. Apa yang saya maksudkan dengan tidak memberi peluang adalah, banyak maklumat tidak sampai kepada sukarelawan terus tetapi sebaliknya hanya kepada beberapa golongan-golongan tertentu.

3. Sehubungan dengan itu, saya mengambil inisiatif dengan membuka blog seumpama ini agar sukarelawan dapat maklumat terus daripada saya dan juga dalam masa yang sama saya boleh menerima sebarang pandangan dan teguran.

4. Tetapi apa yang mengecewakan, terdapat bayak feedback yang diterima bahawasanya sukarelawan lebih gemar untuk menerima ‘hardcopy’ iaitu risalah ataupun newsletter.

5. Saya menerima pandangan mengenai newsletter tersebut tetapi telah menyatakan bahawa newsletter ini hanya boleh dikeluarkan setiap 3 bulan dan bukannya setiap bulan kerana pada masa ini saya tidak mempunyai Jkuasa yang boleh mengetuai newsletter ini.

6. Sekiranya terdapat mana-mana sukarelawan yang berminat menjadi Jkuasa/editor untuk newsletter ini amatlah dialu-alukan.

Mesyuarat Jkuasa Reaksi Kecemasan & Bencana Alam

April 3, 2011

3 April 2011.

1. Mesyuarat Jkuasa Kecil Reaksi Kecemasan & Bencana Alam peringkat Cawangan Selangor telah diadakan pada 2 April 2011 (Sabtu) pada jam 10.30 pagi bertempat di Pejabat Cawangan Selangor.

2. Ini merupakan mesyuarat yang pertama dipanggil pada tahun 2011. Gara-gara terlalu banyak aktiviti pada hujung minggu yang menyebabkan ianya menjadi kesukaran untuk memilih tarikh yang sesuai.

3. Walaupun notis mesyuarat yang dikeluarkan agak lambat, namun mesyuarat yang dijadualkan terpaksa berjalan berikutan mesyuarat agong tahunan akan diadakan dalam tempoh 2 bulan dari sekarang.

4. Pelbagai isu yang telah dibincangkan tetapi antara isu yang paling utama adalah peralatan bencana cabang dan cawangan yang boleh dianggap tidak efisyen dan mencukupi sekiranya berlaku sebarang bencana.

5. Latihan serta pendedahan kepada sukarelawan juga adalah tidak mencukupi kerana masih ramai lagi sukarelawan di peringkat Cabang masih tidak mempunyai “basic” sekiranya berlaku bencana di kawasan mereka.

6. Selain itu juga,KPI yang telah diberikan oleh Pengerusi Cawangan diteliti dan akan berusaha mencapai KPI yang telah ditetapkan.

7. Mesyuarat telah mencadangan agar 2 perkhemahan akan diadakan pada tahun ini iaitu :-

a) Perkhemahan RDS- untuk mereka yang memiliki PCA dan BBOM

b) Perkhemahan Pengenalan Bencana – terbuka untuk semua sukarelawan

8. Cabang-cabang diminta untuk membantu Cawangan Selangor untuk mengadakan workshop sehari untuk memberi latihan dan pendedahan kepada semua ahli.

9. Antara Bulan November – Disember 2011 satu latihamal peringkat Cawangan akan diadakan. Ianya akan diketuai oleh Saudara Kuyilan.

10. Selain itu, saya menyarankan kepada semua sukarelawan dan pembaa blog ini sekiranya mempunyai sebarang cadangan untuk berkongsi demi kebaikkan semua.

Latihan Simulasi JKM Siri ke2

March 27, 2011

Salam.

1. Satu latihan Simulasi Bencana telah dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) pada 26 March 2011 (Sabtu) di Blok M, Pangsapuri, Bukit Tinggi 2, Klang.

2. Tujuan utama simulasi adalah untuk melatih sukarelawan JKM untuk bertindak semasa berlaku bencana.

3. Bulan Sabit Merah Selangor telah terlibat pada simulasi tersebut antaranya :-

a) Mass cooking team

b) ambulance

c) field clinic and stretcher team

4. Ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Latihan Simulasi ini. Semoga pengalaman yang diperolehi akan membuat kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan

February 9, 2011

9 April 2010.

1. Saya baru sahaja menerima email daripada Cawangan Selangor yang menyatakan mesyuarat Cawangan akan diadakan.

2. Butir-butir mesyuarat adalah seperti berikut :-

Tarikh : 20 Feb 2011 (Ahad)
Masa. : 9.30 pagi
Tempat : Pejabat BSMM Cawangan Sgor

3. Semua Jawatankuasa Cawangan diminta untuk menghadirkan diri.

Sekian. Harap Maklum

Pelajar lepasan SPM

January 13, 2011

14 Januari 2011 @730am

1. Bulan Sabit Merah Selangor mengalu-alukan semua pelajar lepasan SPM untuk menyertai kami.

2. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh menghubungi pejabat Bulan Sabit Merah di daerah yang berhampiran anda atau hubungi Pejabat Cawangan Selangor di talian 0342579221.

3. Untuk maklumat lanjut juga boleh layari laman web http://www.redcrescent.org.my/selangor

4. Sertai kami dan bantu mereka yang memerlukan.

5. Tiada yang lebih menarik daripada melihat kegembiraan yang terpancar dari air muka mereka yang kita bantu.

Sekian.

Tugas Thaipusam

January 13, 2011

1. Adalah dimaklumkan bahawa Bulan Sabit Merah Selangor akan terlibat dalam tugas sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves.

2. Kepada mana-mana sukarelawan yang berminat untuk membantu memberi khidmat sukarela boleh memberi nama kepada OC VAD di Cabang masing-masing.

3. Saya difahamkan bahawa, jemputan untuk ahli PBS daripada Cawangan Wilayah, Perak dan Negeri Sembilan juga dihantar.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.